Isnin, 28 Mac 2011

Usah Ditanya...


Usah ditanya, mengapa aku membisu…
Usah ditanya, mengapa aku menyepi..
Usah ditanya, mengapa aku diam tanpa kata..
Usah ditanya, mengapa aku begini..
Usah kau tanyakan aku..
Aku membisu kerana mencari diri,
Aku menyepi kerana mencari sebab,
Aku diam tanpa kata kerana aku mula bosan berbicara..
Bosan pada bicara yang kadang tidak seperti yang ku laksanakan…
Mengatakan sesuatu yang jauh dari diriku..
Mengapa ku katakan begini?
Ya..kerana padaku,
Semua ini adalah ritma dalam kehidupan..
Kadangkala kita perlu mengasingkan diri..
Kadangkala kita perlu memencil,
Menghindar dari segala kesibukan yang entah bila akan berakhir..
Kita semua seringkali terkeliru
Pada lukisan yang terlihat pada zahirnya
Dan kita seringkali terlupa melihat yang tersirat dari segala yang nyata..
Aku ingin mencari diriku..
Mencari semula hati seperti dulu..
Mungkin aku patut meminta padaNya sekeping hati yang baru..
Kerana hati yang lama itu telah terlalu kotor,
Hati yang lama itu sudah terlalu sakit..
Hinggakan kemanisan iman itu sukar untuk dinikmati..
Ya ALLAH,kurniakanlah padaku hati yang baru itu..
Agar bisa ku kecapi kemanisan yang dinikmati hanya oleh insan-insan yang terpilih…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan