Jauh disudut hatiku,
tertanam suatu impian..
rasa hati yang terpendam,
sekian lama ku sembunyikan.
dalam relung jiwa ini,
ku semai suatu cita..
rasa ini hanya mampu ku rahsiakan..
tersimpan rapi di dalam sanubari..
kini, aku tahu..
aku tak mampu lagi untuk terus begini..
aku harus meluahkannya kepadamu
aku harus memberitahu dirimu
bahawa,
jauh disudut hatiku...
aku menyayangimu..
aku ingin engkau menjadi warna-warna pelangi
menjadi penyeri kesuraman hidupku
aku ingin engkau menjadi sahabatku
menemaniku melayari bahtera kehidupan ini
aku ingin engkau menjadi tongkat diriku
kala aku terasa lemah dan tidak berdaya
menongkah arus dan badai ujian yang menerpa
ku ingin sekali engkau tahu
walau jarak menjadi penghalang
namun engkau sentiasa dekat dihatiku..
ingin ku nyatakan sekali lagi,
aku menyayangimu kerana ALLAH...
tertanam suatu impian..
rasa hati yang terpendam,
sekian lama ku sembunyikan.
dalam relung jiwa ini,
ku semai suatu cita..
rasa ini hanya mampu ku rahsiakan..
tersimpan rapi di dalam sanubari..
kini, aku tahu..
aku tak mampu lagi untuk terus begini..
aku harus meluahkannya kepadamu
aku harus memberitahu dirimu
bahawa,
jauh disudut hatiku...
aku menyayangimu..
aku ingin engkau menjadi warna-warna pelangi
menjadi penyeri kesuraman hidupku
aku ingin engkau menjadi sahabatku
menemaniku melayari bahtera kehidupan ini
aku ingin engkau menjadi tongkat diriku
kala aku terasa lemah dan tidak berdaya
menongkah arus dan badai ujian yang menerpa
ku ingin sekali engkau tahu
walau jarak menjadi penghalang
namun engkau sentiasa dekat dihatiku..
ingin ku nyatakan sekali lagi,
aku menyayangimu kerana ALLAH...
~hamba ALLAH, 20Feb2011~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan