Memaparkan catatan dengan label Ukhuwah Itu Indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ukhuwah Itu Indah. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Ukhuwahfillah..

Dibumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu akidah satu tujuan
Asasnya menjadi ikutan
Ukhuwah fillah tidak akan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah
Bertemu berpisah
Kerana-NYA semata
Redha ALLAH kita cari
Bertemu kembali dilain kali
Ukhuwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah
Bertemu kembali dinegeri abadi

Jumaat, 18 Mac 2011

anugerah terindah

Antara perkara terindah pemberian Allah kepadaku,
Adalah menjadi sahabatmu.
Kalau bukan kerna hubungan kita,
Aku tak akan menjadi aku.

Tidak mampu mengukir bicara panjang,
Kerna kau terlalu berharga buatku,
Biarlah amal perbuatan menjadi saksi,
Cinta dan kasihku buatmu.

Semoga sahabat,
Kau kekal bersabar di sisiku,
Sungguh kekal lah thabat,
Biar nanti aku ke syurga beriringan denganmu.