Memaparkan catatan dengan label Karyaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karyaku. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

Sepucuk Surat Buat Sahabatku


Buat sahabatku yang ku kasihi,

Ku ingin menghargaimu selagi ku punya waktu..
Ku ingin menyayangimu sementara aku masih berada di sisimu..
Ku ingin membahagiakanmu sementara aku masih mampu..
Ingin ku berikan yang terbaik buat dirimu selagi ku terdaya..
Inginku simpan erat memori indah kita bersama selagi ianya tak luput dari hati dan fikiran ku..
Kerana aku sangat menyayangi dirimu..

Sahabatku yang ku sayangi..
Jangan kau merasa iri atas perkara dunia yang ada padaku..
Jangan kau iri atas nikmat dunia yang sementara yang ada pada diriku..
Itu semua hanyalah pinjaman malah ujian buat diriku..
Jangan kau merasa iri dan sedih bila aku lebih dari dirimu dalam hal keduniaan..
Itu semua takkan kekal ku miliki..
Tapi irilah jika aku lebih dalam beramal..
Irilah jika aku lebih dari dirimu dalam ketakwaan..
Irilah jika aku lebih dalam kecintaan dan kerinduan kepada Allah dan Rasul..
Irilah pada hal-hal akhirat yang lebih pada diriku..
Bila kau iri padaku dalam perkara akhirat nescaya kau takkan merasa apa-apa lagi pada hal-hal dunia..
Aku senang sekali andai kita mampu berlumba-lumba mengejar akhirat..     
Bukan berlumba-lumba dalam hal dunia..

Tapi aku sedar..bahawa yang lebih dalam hal-hal akhirat adalah dirimu, bukan diriku..
Engkau sebenarnya lebih berbahagia daripada diriku wahai sahabatku..

Selasa, 12 April 2011

Sebuah Janji Untuk Diri

Disini, akan aku patrikan sebuah janji,
Akan ku semai satu cita,
Akan ku bina satu impian..
Impianku dan impianmu,
Impian kita semua..

Disini, akan ku gagahkan diri,
Akan ku pasakkan tekad,
Akan ku teguh berdiri,
Akan ku kuatkan kaki tuk terus melangkah..

Akan ku gapai tangan-tangan yang terhulur,
Menarik keluar dari lembah dosa dan noda..
Akan ku sentuh hati-hati yang kian kelam
Menuju kepada cahaya hidayah..
Akan ku buka minda yang tertutup,
Terpenjara oleh dunia yang menipu..
Jiwa-jiwa yang kering
kan ku sirami mutiara hikmah..

Semoga akan terus tegarlah diri ini
dalam menjadi sebahagian dari mata rantai perjuangan Baginda..
Teruslah kekal istiqamah dijalan ini,
Tetap bangga walau bilangan yang sedikit..
InsyaALLAH..

Isnin, 4 April 2011

Kita

Dikala hujan turun renyai-renyai, dengan bertemankan alunan zikir pelembut jiwa, hati ini tergerak untuk menulis sesuatu untukmu...selamat menikmati...^_^

Kita, bertemu tanpa dirancang..
Kita, pertemuan pertama yang takkan pernah ku lupakan...
Kita, bertemu dalam satu majlis yang diredhaiNya..
Kita, dengan izinnya kini hati terikat padu..
Kita, dengan rahmatNya kini bersama dalam satu perjalanan..
Kita, punya kisah hidup dan jalan cerita silam yang berbeza..
Kita, walau berbeza pada perwatakan namun punya satu tujuan dan cita yang sama..
Kita, akan terus mara bersama melangkah ke hadapan..
Kita, akan bersama hadapi segalanya..
Kita, walau jauh terpisah tetap akan memegang erat ikrar dan janji setia..
Kita, meski terhalang jarak dan waktu akan saling mengingatkan pada satu amanah yang terpikul..
Kita, meski akan terpisah pada zahirnya namun dihati akan saling tetap mendoakan..
Kita, tidak tahu bagaimanakah akhir penghujung kembara ini..
Kita, menginginkan sebuah pengakhiran yang sempurna..
Kita, berpadu janji untuk bertemu kembali di syurga yang abadi..
Kita, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya Yang Satu..
Inilah kisah kita, kisah kau dan aku..
Sebuah kisah yang penuh dengan warna-warni kehidupan..


K->kisah tautan hati diantara kita
I->inilah takdir dalam hidup yang ditadbir
T->teruslah melangkah ke hadapan
A->ALLAH jualah yang menyatukan hati-hati kita..

Isnin, 28 Mac 2011

Usah Ditanya...


Usah ditanya, mengapa aku membisu…
Usah ditanya, mengapa aku menyepi..
Usah ditanya, mengapa aku diam tanpa kata..
Usah ditanya, mengapa aku begini..
Usah kau tanyakan aku..
Aku membisu kerana mencari diri,
Aku menyepi kerana mencari sebab,
Aku diam tanpa kata kerana aku mula bosan berbicara..
Bosan pada bicara yang kadang tidak seperti yang ku laksanakan…
Mengatakan sesuatu yang jauh dari diriku..
Mengapa ku katakan begini?
Ya..kerana padaku,
Semua ini adalah ritma dalam kehidupan..
Kadangkala kita perlu mengasingkan diri..
Kadangkala kita perlu memencil,
Menghindar dari segala kesibukan yang entah bila akan berakhir..
Kita semua seringkali terkeliru
Pada lukisan yang terlihat pada zahirnya
Dan kita seringkali terlupa melihat yang tersirat dari segala yang nyata..
Aku ingin mencari diriku..
Mencari semula hati seperti dulu..
Mungkin aku patut meminta padaNya sekeping hati yang baru..
Kerana hati yang lama itu telah terlalu kotor,
Hati yang lama itu sudah terlalu sakit..
Hinggakan kemanisan iman itu sukar untuk dinikmati..
Ya ALLAH,kurniakanlah padaku hati yang baru itu..
Agar bisa ku kecapi kemanisan yang dinikmati hanya oleh insan-insan yang terpilih…

Selasa, 22 Mac 2011

Apabila Hati Mula Berbicara


apabila hati mula berbicara
akan tersingkaplah segala yang tersimpan rapi
akan terungkailah segala gelodak dijiwa
akan terpadamlah segala prasangka
apabila hati mula berbicara
segala kata-kata bagai ingin disusun
diatur rapi mewakili segala rasa
rasa yang dipendam jauh direlung jiwa
apabila hati mula berbicara
melakar laju sebatang pena
pada sekeping kertas putih
mula menuturkan tinta-tinta penuh makna
apabila hati mula berbicara
bicara penuh seribu erti
padanya terhimpun segala maksud
yang hanya mampu dimengerti oleh sekeping hati
lalu,
hati itu mula menyatakan
segala keinginannya
segala keresahannya
segala kedukaannya
segala kegembiraannya
segala seribu satu rasa terus-menerus dilakar
memenuhi segala ruangan kosong itu
segalanya mungkin
hanya apabila sekeping hati itu mula berbicara


Sabtu, 19 Mac 2011

Suatu Masa Dahulu

suatu masa dahulu
aku pernah mencari sesuatu
sesuatu yang ku rasakan amat penting dalam hidup
yang tanpanya hidup ini seakan-akan tidak ceria
yang tanpanya hidup ini terasa suram sekali
yang tanpanya aku melalui hari-hariku dengan kaku
yang tanpanya aku terasa seakan sunyi sepi hidup ini
dan suatu saat dulu
aku pernah mengimpikan
sebuah pertemuan
yang akhirnya bisa membuatku mampu untuk tersenyum,
yang akhirnya bisa membuatku tertawa
yang akhirnya bisa membawa secebis sinar harapan padaku
dan tahukah engkau apakah "sesuatu" itu?
dialah seorang "SAHABAT" dan jalinan "PERSAHABATAN"
dan kini
ku temuinya pada hari ini
ku temui erti Sahabat itu pada dirimu
ku temui jalinan Persahabatan itu denganmu
terima kasih, ya Rabb
atas kurniaan yang tidak ternilai ini
atas kesempatan yang Engkau kurniakan kepada kami
atas nikmat ukhuwah dan jalinan kasih yang Engkau titipkan buat kami
atas segala pemberian dan kurniaMu yang tidak terhitungkan
duhai sahabatku,
berjanjilah kepadaku..
akan kita harungi dan hadapi semua suka duka dalam perjalanan ini
akan kita terus bersama menghadapi hari-hari yang mendatang
akan kita garapkan sebuah kenangan dan memori yang terindah dalam hayat ini
akan kita ukirkan sebuah lagi kemanisan dalam bersahabat
semoga ALLAH satukan hati-hati kita dalam keredhaanNYA
salam ukhuwah,
salam kasih sayang,
salam kerinduan,
buatmu yang bernama SAHABAT

~hamba ALLAH, 7/1/2011~