Selasa, 23 September 2014

Takutlah Kepada ALLAH Dimana Sahaja Engkau Berada


Sepucuk Surat Buat Sahabatku


Buat sahabatku yang ku kasihi,

Ku ingin menghargaimu selagi ku punya waktu..
Ku ingin menyayangimu sementara aku masih berada di sisimu..
Ku ingin membahagiakanmu sementara aku masih mampu..
Ingin ku berikan yang terbaik buat dirimu selagi ku terdaya..
Inginku simpan erat memori indah kita bersama selagi ianya tak luput dari hati dan fikiran ku..
Kerana aku sangat menyayangi dirimu..

Sahabatku yang ku sayangi..
Jangan kau merasa iri atas perkara dunia yang ada padaku..
Jangan kau iri atas nikmat dunia yang sementara yang ada pada diriku..
Itu semua hanyalah pinjaman malah ujian buat diriku..
Jangan kau merasa iri dan sedih bila aku lebih dari dirimu dalam hal keduniaan..
Itu semua takkan kekal ku miliki..
Tapi irilah jika aku lebih dalam beramal..
Irilah jika aku lebih dari dirimu dalam ketakwaan..
Irilah jika aku lebih dalam kecintaan dan kerinduan kepada Allah dan Rasul..
Irilah pada hal-hal akhirat yang lebih pada diriku..
Bila kau iri padaku dalam perkara akhirat nescaya kau takkan merasa apa-apa lagi pada hal-hal dunia..
Aku senang sekali andai kita mampu berlumba-lumba mengejar akhirat..     
Bukan berlumba-lumba dalam hal dunia..

Tapi aku sedar..bahawa yang lebih dalam hal-hal akhirat adalah dirimu, bukan diriku..
Engkau sebenarnya lebih berbahagia daripada diriku wahai sahabatku..