Isnin, 18 April 2011

Warkah dari adik..

Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi..
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup didunia ini
Ku harap hanyalah didunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera disyurgawi
Oh Tuhan, satukanlah hati kami dalam menyintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya ditangan bukannya dihati, dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
kita dicipta didunia fana ada amanah yang tersedia
Tuhan itu harus diutama dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk memburu cinta-Nya, oh cinta-Nya
Kita laksana bersama amanah dariNya
Demi memburu cinta dan harapan
Tuhan Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha dari-Mu
Hanya didunia kita harapkan, kita dambakan
selamat sejahtera bahagia

kakakku yang dikasihi, cuba hayati bait-bait lirik ini..adik suka sgt dgr lagu ni...menyedarkn adk tntg hkkt perjalann hidup ini..misteri sungguh..huhuhu...semoga kita dapat menjadi psgn teman yang bertqwa agar kelak kita dpt berkumpul bersama disyurga nanti..adk sgt sygkn ukhuwah ini..semoga ALLAH bantu kita dlm membersihkan kembali hati-hati kita, memurnikan semula niat-niat kita, memelihara keikhlasan kita dan menerima amal-amal kita..semoga kita menjd org-org yg mendapat petunjuk dan menunjukkan pula contoh teladan yang baik kpd mad'u dan insan2 disekeliling kita..kita adalah pemimpin kpd diri kita dn stp yg dipimpin pasti akan dipertanggungjwbkn diakhirat kelak..amat menggerunkan bila mengingat akan suasana pada hari pengadilan kelak..x dpt x, semua pasti akan dipersoalkan..untuk ingatan diri adk dn sbg pesanan kpd kakak tanda kasih dn cinta adk yg mendalam pd kakak..marilah kita sama2 memperbaiki hati kita,kerana hati adlh tmpt jatuhnya pandngan ALLAH..kini adk mengerti akan apa yg dimksudkn "setiap yg kita niatkn krn ALLAH pasti akan diuji"..adk tersenyum...mengenang kembali bagaimana kisah ini bermula...penuh dgn pelbagai warna yg menceriakan lg perjalanan hidup ini...ya...adk tersenyum bila cuba merungkai hkmh dibalik stp apa yg terjd...
MasyaALLAH,hebatnya ALLAH..hanya itu yg mampu adk ungkapkan....ujian ini tanda ksh dn cinta ALLAH pd kita...ujian ini tanda ALLAH masih sudi memandang kita..ujian ini tanda ALLAH rindu pd kita..rindu agr kita kembali kpd DIA..merayu,merintih dan menangis pada-NYA...betapa hebatnya ksh syg ALLAH pd kita...jika kita melihat dari kacamata nafsu yg sntsa memberontak, kita psti menganggap ujian2 ini sbg suatu yg menyusahkan...menyeksa jiwa kita dn bermcm lg tanggapan2 lain yg x sepatutnya dn tidak selayaknya utk kita lontarkan..tp, apabila kita memandang ujian2 ini dr kacamata iman, pasti...pasti akan tersenyumlah kita...tersenyum dan gmbira...merasakan diri kita ini sgt beruntung...iya...adk katakan sedemikian krn siapakah lg yg kita dpt bernaung dan bergantung kecuali pd ALLAH? mesti akan rasa bgtu bahagia kerana DIA Yang Maha Agung, masih sudi memerhatikan kita...krn itu, suka utk adk igtkn diri adk dn sbg renungan kita bersama, "tiada yg berlaku secara tiba2, tiada yg terjd dgn sia2 melainkan semua itu penuh dgn hkmh2 yg tersirat..terus menerus meneliti dn carilah mutiara2 hkmh dibalik stp yg terjd...smoga dgn itu, rasa keimanan dan rasa kehambaan kita kpd-NYA akan terus subur meliputi seluruh penghidupan kita.."
sekadar perkongsian rasa hati pd tika ini..semoga ALLAH mengampunkan segala dosa kita di atas stp keterlanjuran, kelalaian, kealpaan dan kelekaan kita...semoga rahmat, ksh syg dn hidayah dr ALLAH terus menerus tercurah kpd kita...amiin...

Selasa, 12 April 2011

Sebuah Janji Untuk Diri

Disini, akan aku patrikan sebuah janji,
Akan ku semai satu cita,
Akan ku bina satu impian..
Impianku dan impianmu,
Impian kita semua..

Disini, akan ku gagahkan diri,
Akan ku pasakkan tekad,
Akan ku teguh berdiri,
Akan ku kuatkan kaki tuk terus melangkah..

Akan ku gapai tangan-tangan yang terhulur,
Menarik keluar dari lembah dosa dan noda..
Akan ku sentuh hati-hati yang kian kelam
Menuju kepada cahaya hidayah..
Akan ku buka minda yang tertutup,
Terpenjara oleh dunia yang menipu..
Jiwa-jiwa yang kering
kan ku sirami mutiara hikmah..

Semoga akan terus tegarlah diri ini
dalam menjadi sebahagian dari mata rantai perjuangan Baginda..
Teruslah kekal istiqamah dijalan ini,
Tetap bangga walau bilangan yang sedikit..
InsyaALLAH..

Isnin, 4 April 2011

Kita

Dikala hujan turun renyai-renyai, dengan bertemankan alunan zikir pelembut jiwa, hati ini tergerak untuk menulis sesuatu untukmu...selamat menikmati...^_^

Kita, bertemu tanpa dirancang..
Kita, pertemuan pertama yang takkan pernah ku lupakan...
Kita, bertemu dalam satu majlis yang diredhaiNya..
Kita, dengan izinnya kini hati terikat padu..
Kita, dengan rahmatNya kini bersama dalam satu perjalanan..
Kita, punya kisah hidup dan jalan cerita silam yang berbeza..
Kita, walau berbeza pada perwatakan namun punya satu tujuan dan cita yang sama..
Kita, akan terus mara bersama melangkah ke hadapan..
Kita, akan bersama hadapi segalanya..
Kita, walau jauh terpisah tetap akan memegang erat ikrar dan janji setia..
Kita, meski terhalang jarak dan waktu akan saling mengingatkan pada satu amanah yang terpikul..
Kita, meski akan terpisah pada zahirnya namun dihati akan saling tetap mendoakan..
Kita, tidak tahu bagaimanakah akhir penghujung kembara ini..
Kita, menginginkan sebuah pengakhiran yang sempurna..
Kita, berpadu janji untuk bertemu kembali di syurga yang abadi..
Kita, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya Yang Satu..
Inilah kisah kita, kisah kau dan aku..
Sebuah kisah yang penuh dengan warna-warni kehidupan..


K->kisah tautan hati diantara kita
I->inilah takdir dalam hidup yang ditadbir
T->teruslah melangkah ke hadapan
A->ALLAH jualah yang menyatukan hati-hati kita..
Kadang-kadang ada benda tu,
tersekat kat minda sahaja.
Sebab tak ada bahasa mampu membahasakannya.
Biarlah terkunci di dalam jiwa semata.
Mungkin Allah inginkan semua itu terahsia dalam diri kita.

Puisi Kisah Seorang Pencari Cinta

Dia rasa kekosongan,
Di dalam jiwa,
...Tidak sempurna untuknya kehidupan,
Lantas dia keluar mencari isinya,
Akhirnya dia bertemu dengan jawapan,
Yang diperlukan rupanya adalah cinta.

Dia keluar dari hidupnya,
Melawan arus kebiasaan,
Mencari cinta daripada manusia,
Dengan mengharap kepada Tuhan,
Dan berjumpalah dia dengan satu jiwa
Di situlah terubat kekosongan hidupnya.

Rupanya hidup tidak berubah menjadi indah sempurna,
Ujian demi ujian,
Dugaan demi dugaan,
Dan dia hampir sahaja kecewa,
Ada waktu jiwanya terseksa,
Adakala hatinya menderita,
Berfikir semula,
Apakah benar telah terubat kekosongan jiwanya?
Lantas dia kembali kepada Tuhan,
Menangis dan mengadu
Mengapa Kau aturkan begini hidupku?

Pada sujud tangisnya itulah,
Perasaan terisi muncul lagi,
Tersedar dia dari kehidupannya sendiri,
Ah, rupanya dia yang silap memahami,
Kekosongan di dalam hati tidak semata terisi dengan cinta insani,
Tetapi juga memerlukan cinta Ilahi,
Salah satu takkan mencukupi keduanya,
Sempurna kehidupan adalah menyatukannya bersama.

Kemudian dia menjadi lebih kuat,
Sentiasa tersenyum dan senyumannya bersinar hebat,
Hidupnya sebagai manusia sempurna,
Dengan cinta dunia dan akhirat,
Itulah dia kisah pencari cinta,
Yang ingin mengisi kekosongan jiwanya

Manusia bukan untuk ditinggalkan,
Allah bukan untuk dilupakan,
Hidup ini perlukan kedua-duanya,
Biar kehidupan menjadi benar-benar sempurna.

~Hilal Asyraf~

Isnin, 28 Mac 2011

Cinta Tak Bermusim

Allah itu sumber segala kasih sayang
Dia yang menciptakan cinta
Buat segala para pencinta
Namun,
Bila cinta bertapak dihati
Kau melupakan si pencipta cinta
Begitu hebat dirimu wahai manusia
Cinta siapa yang buat kau begitu?
Andai DIA tidak mengizinkan
Apa yang kau mampu lakukan?

Seketul Batu, Sekeping Hati

Keras, terjal gagah berdiri
Mendakap suasana alir deras mengalir
Dalam sejuk sebening salju
Tegar dan teganya sang ‘hati’
Walau hanya segumpal daging
Keras batu mengalirkan rasa
Tatkala berteleku bertasbih panjang
Takutkan azab ALLAH yang satu
Walau sesungguhnya engkaulah pembakar
Buat mereka yang ingkar
Namun yang punya sekeping hati
Sering lupa azab pencipta
Lantas lalai dibuai duniawi
Oleh itu siapakah yang paling keras?
Adakah batu atau dia yang bernama hati?
Seketul batu..sekeping hati...

Ukhuwahfillah..

Dibumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu akidah satu tujuan
Asasnya menjadi ikutan
Ukhuwah fillah tidak akan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah
Bertemu berpisah
Kerana-NYA semata
Redha ALLAH kita cari
Bertemu kembali dilain kali
Ukhuwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah
Bertemu kembali dinegeri abadi

Perjalanan


Biarpun kita bertuan, kita tetap bertuhan
Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan
Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba
Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan sujud tempatnya
Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana
Tempat kita dimana? Kalau bukan di situ
Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dahsyat
Perjalanan yang jauh terasa perit
Berliku-liku dengan wajah legam
Siapakah yang mampu menolong?
Kalau bukan kamu yang berasa kerdil
Lalu memencilkan jiwa pada pandangan-NYA
Lalu sujud mewalangkan diri
Lalu pulang ke pangkuan-NYA
Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana
Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga
Wahai Allah, terimalah kepulanganku
Hamba-MU...

Renungan

Jika engkau ingin mengikuti petunjuk
Para sahabat dan tabi’in
Maka kuatkanlah dirimu
Untuk menerima musibah dengan jiwa yang tabah
Diwaktu menghadapi tiap kepahitan
Dan dengan hati yang sabar
Walaupun dadamu bergoncang
Walaupun lisanmu dikunci
Matamu dikendalikan
Rahsiamu disembunyikan
Untuk hanya diketahui oleh Tuhanmu sahaja
Namamu biar tidak terkenal
Pintu rumahmu tertutup
Mulutmu tersenyum
Perutmu lapar
Hatimu duka
Hasratmu tiada sambutan
Pangkatmu dipendam
Dan keaibanmu ditonjolkan
Saban harimu menelan perasaan pahit
Daripada pengaruh zaman dan teman
Sedangkan hatimu gemuruh dalam kesedaran
Ketika siangmu sibuk mengislahkan manusia
Tanpa berkira-kira
Maka malammu
Tenggelamlah dalam keasyikan
Kepada Tuhan
Ambillah kesempatan pada malam hari
Jadikanlah ia jalan dan persiapan
Untuk hari kiamat
Yang padanya sulit sekali
Untuk mencari jalan