Jumaat, 18 Mac 2011

anugerah terindah

Antara perkara terindah pemberian Allah kepadaku,
Adalah menjadi sahabatmu.
Kalau bukan kerna hubungan kita,
Aku tak akan menjadi aku.

Tidak mampu mengukir bicara panjang,
Kerna kau terlalu berharga buatku,
Biarlah amal perbuatan menjadi saksi,
Cinta dan kasihku buatmu.

Semoga sahabat,
Kau kekal bersabar di sisiku,
Sungguh kekal lah thabat,
Biar nanti aku ke syurga beriringan denganmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan