Langit masih belum cerah
Tampakkan seri pudar suasana
Wahai adikku kau tersenyum
Merawat sengsara yang berkarat dihati
Walau kau jauh nun disana
Takkan ku lupakan kenangan bersamamu
Moga Allah kan memayungi
Dengan rahmatNya kasih sayang terjalin
Kekanda jujurnya hatimu
Tak pernah ku ragukan katamu
Onak duri ditempuh bersama
Kerana Allah kita bertemu dan keranaNya kita berpisah
Kita suka dan duka dalam apa jua
Kekanda semoga Allah meredhai kita
Sesungguhnya senyumanmu masih lagi ku simpan
Ku mencari, Ku tercari
Ku menunggu, Ku tertunggu
Dirimu agar terubat lara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan