Sabtu, 26 Mac 2011

KEGAGALAN DAN KEMENANGAN


Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal
Ia bermakna saya belum lagi berjaya
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa
Ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara
Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan
Ia bermakna saya ada keyakinan kuat untuk mencuba sesuatu
Kegagalan bukan bermakna saya telah di aibkan
Ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa-apa kejayaan
Ia bermakna kini saya  perlu lakukan sesuatu dengan cara lain
Kegagalan bukan bermakna martabat saya  telah tercemar
Ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna
Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya
Ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan kehidupan baru
Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah
Ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan berjaya
Ia bermakna saya perlu bersabar
Orang yang tidak pernah gagal adalah
Mereka yang tidak pernah berbuat sesuatu..    
“PAKSA DIRI BUKAN MANJA DIRI, LAWAN PERASAAN JANGAN LAYAN PERASAAN JIKA INGIN BERJAYA”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan