inginku menjadi bintang dihatimu buat selamanya,
inginku menjadi warna-warna pelangi yang menghiasi hari-harimu,
inginku menjadi bulan purnama yang menerangi kegelapan malammu,
inginku menjadi angin bayu yang mendamaikan jiwamu kala keresahan..
inginku menjadi sahabatmu buat selamanya..
semoga ukhuwah ini sentiasa dipelihara-NYA,
semoga ukhuwah ini memberi manfaat kepada kita dan insan2 disekitar kita,
semoga ukhuwah ini kekal bersatu dalam jalinan yang diredhai-NYA..
engkaulah yang satu,
tiada pengganti yang akan sama seperti dirimu,
kerana dirimu hanya satu,
tidak akan menyamai sesiapa pun jua.
terima kasih ku ucapkan atas kerelaan dan keikhlasanmu
untuk menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri ini..
dan sesungguhnya, aku menerima dirimu seadanya engkau
dan ku berharap dikau jua dapat menerimaku seadanya aku..

~Hamba ALLAH, 7/1/2011~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan