Aku cuba mencintai MU Tuhan hati tidak juga terasa
Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa juga
Aku fakir-fikirkan nikmat MU
Aku kenang-kenangkan rahmat MU
Agar nampak kemurahan MU
Atas ilmu aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati dengan MU
Aku susah hati aku sedih selalu mengapa terjadi begini
Mengapa cinta pada MU belum berbunga lagi
Aku irihati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka pada MU
Hilang selera makan kerana MU
Asyik memuja dan memuji MU
Mensucikan dan membesarkan MU
Terutama diwaktu malam yang sepi
Di waktu orang mimpi
Mereka memuja MU
Merintih pada MU
Mengharapkan kasih sayang pada MU
Air mata mereka membasahi pipi
Adakalanya menitis ke bumi
Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah dibibir mereka
Engkau adalah jantung hati mereka
Tapi aku tidak begitu
Aduh keras hatiku
Keras hatiku…sungguh keras….
Hingga kini aku belum mencintai kekasih agungku
Baru aku sedar
Cinta pada MU adalah anugerah dan hidayah MU
Bertuahlah dan berbahagialah
Orang yang Engkau anugerahkan kecintaan pada MU
Aku, bilakah lagi wahai Tuhan
Dapat sedikit pun jadilah
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi selagi ada nyawa di badan
Di hujung hidup ku kalau dapat pun sudah cukuplah
Wahai Tuhan Al-Hannan Wal Mannan
Ilahi Anta Maqsudi Wa Redhoka Matlubi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan