Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa
Kecuali diri sendiri..
Tetapi..dalam kita bersendirian
Kita beruntung kerana..
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah jua dia
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak member dia peluang untuk menerangkan keadaannya
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
Tetapi kita sering terlupa
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita
Hingga kadang-kadang kita terlupa
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
Tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia
Pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali
Kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai?
Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
Sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan
Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
Disebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi..
Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya
Mungkin kita akan tahu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan