Hari ini aku mendengar cerita
anak kawan papaku
mati bunuh diri.
Graduan universiti
baru tamat
jurusan psikologi.
Lalu fikirku
jika tamat sarjana muda
pandai maksudnya
jika bijak
bukan itu pilihannya.
Dalam berfikir
tersimpul satu falsafah
jika mahu bijak
tidak semesti masuk universiti
tapi tunjukkan
bagaimana hidup dimengertikan
dalam membina maju
tanpa apa ijazah jua kau boleh jaya.
bukan seperti
si pembunuh diri
si pembunuh diri
dek kerana
kekasihnya bersama gadis lain
lalu ambil keputusan terjun bangunan
adakah benar pandai?
pada graduan universiti
jika jalan dipilih
memusnahkan hidup
terus monconteng arang
ke wajah ayah bonda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan